Program Dengue Patrol SK Kampung Baru

Sekolah Kebangsaan Kampung Baru, Bintulu, Sarawak sedang manjalankan satu program komuniti yang berkaitan dengan misi gempur denggi yang telah dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bersama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Sanofi Pasteur.

Objektif Program ini ialah:

1) Program ‘Dengue Patrol’ bertujuan untuk mendidik dan menyemai nilai tanggungjawab di dalam diri kanak – kanak sejak muda supaya memahami risiko denggi dan bagaimana menanganinya.

2) Program ini juga bertujuan untuk memperkasa murid-murid sekolah yang mudah terdedah kepada risiko denggi, dengan mengambil langkah proaktif di dalam pencegahan denggi dan juga sebagai duta berpengaruh di dalam komuniti mereka.

Banner dan logo:

Banner Program Dengue Patrol SK Kampung Baru

Logo Porgram Dengue Patrol

Berikut merupakan media sosial yang telah diwujudkan bagi memudahkan sebaran maklumat dari semasa ke semasa.

Facebook: Dengue Patrol SK Kampung Baru
Instagram: denguepatrolkamba
Email: denguepatrolkamba@gmail.com

segala maklumat lanjut berkaitan dengan program ini bolehlah layari laman web utama Program Dengue Patrol.

Terima Kasih.


Comments

Popular Posts